Monday 30 April 2018

YOUTH SHAKLEE Bersama Spa TWB

Assalammualaikum....

Hai semua... Walaupun kite tengah demam n bz ngn keje ofis ni, kite rasa nak share lagi la info pasal YOUTH SHAKLEE bersama Spa TWB ni.





Buat pengetahuan korang, Spa TWB juga dikenali sebagai Spa Shaklee. Ini kerana, sepanjang kewujudan The Walking Beauty ni atau lebih dikenali sebagai TWB ni, kami hanya menggunakan 100% produk dari keluaran Shaklee termasuklah beberapa vitaminnya yg juga digunakan sebagai scrub & masker di dalam spa kami kerana khasiatnya yang amat luar biasa.


Untuk produk skincare yang digunakan dalam TWB pula, TWB menggunakan produk skincare juga dari keluaran Shaklee. Dari skincare Enfuselle, TWB bertukar kepada Nutriwhite yang lebih baik. 


Dan setelah baru-baru ini Shaklee telah mengeluarkan produk Skincare yang terbaru iaitu Youth Skincare Shaklee. Sekarang ini YOUTH Shaklee merupakan produk skincare terbaik Shaklee yang terbaru.


Mesti korang nak tau kan ape yang menyebabkan ia merupakan produk yang lebih baik dari sebelumnya.....



Gambar kat atas ni adalah salah satu sebabnya. YOUTH Shaklee diperbuat dari bahan-bahan organik yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


Bukan itu je tau....Ada lagi....


YOUTH Skincare ni telah dianalisis oleh penganalisis Shaklee selama 8 tahun lamanya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Cuba korang bayangkan.... Lama tu... 


Shaklee sanggup menanggung risiko mengeluarkan modal yang banyak untuk membuat kajian ke atas produk YOUTH Shaklee ni. Shaklee juga sanggup menanggung risiko mendapatkan bukti dengan membuat landmark study dengan memanggil orang luar untuk  membuat kajian ke atas keberkesanan produk dari Shaklee. 


Ada lagi....


Shaklee juga telah mengumpulkan orang asia & orang europe di sana bagi membuat kajian ke atas keberkesanan produk YOUTH Shaklee. Beberapa peringkat umur telah diambil bagi menentukan tahap keberkesanan produk ini. Antaranya:-

20 orang dari usia 20 tahun
20 orang dari usia 30 tahun 
20 orang dari usia 40 tahun
20 orang dari usia 50 tahun
20 orang dari usia 60 tahun

Total = 100 orang kesemuanya



Apa resultnya?????






Bukan 99%

Bukan 99.9%

Tapi.....100% tau!!!!!



Bukan cek luaran suka-suka macam tu je tau... Tapi dengan menggunakan skin age index..




Weiiii!!! 10 tahun lebih muda tu.... Sape taknak kan...

Bila jalan ngan anak, takut orang ingat anak kite jalan ngan kakak lak...hihihihi



APA???



TAK PERCAYA LAGI???



Meh kite share testimoni gambar hasil keberkesanan dari YOUTH ni sikit...










Ok...Tadi kite tanya ape tunggu lagi kan?


Sekarang tak payah tunggu dah... terus call / whatsapp kite kat 012-4680151(Rose)




Thursday 26 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Spa TWB


Assalammualaikum,

Hi uolls....

Semalam baru je bagi info untuk beberapa vitamin-vitamin Shaklee kat korang kan...
Arini tetiba rasa macam nak share rahsia sikit la ngn korang.


Mesti korang pernah rasa atau  memang tengah stress kan sebab banyak hutang. Kalau ikutkan hutang tu macam nampak tak nampak je coz kita bukannya banyak pinjam duit dari kengkawan or sesape pun...

Padahal hakikat sebenarnya hutang keliling pinggang. Sebenarnya dari zaman belajar lagi kita dah ada hutang kot. 


Untuk yang pernah buat pinjaman masa belajar, mesti korang stress kan bila sebut PTPTN.

Bila dah start keje lak, tambah hutang lagi... Hutang beli motor atau kereta.

Pastu bila dah kawin & beranak pinak, tambah lagi hutang beli rumah lak. Tu belum kira kalau ada yang buat hutang pinjaman peribadi nak kawin. Hutang ngan "Pa & Ma lagi"...



"Haishhh..."


Mesti korang stress kan...




Cuba korang fikir balik...

Duduk diam-diam...Renung-renungkan hutang yang dah keliling pinggang tu.... Cuba fkirkan sejenak...


Bila kita dah start berhutang, mesti macam-macam benda yang kita idamkan kita x dapat nak beli. Tambah kalau korang tu pompuan. Mesti macam-macam rasa nak beli. Pastu bila diri sendiri pun agak-agak cukup-cukup makan je, mesti kita tak mampu nak bagi duit kat mak bapak kita jugak kan. 


Pastu mula la pening...Camana nak selesaikan hutang???



"Relax.... Chill la...."




Meh sini kite share sikit cara nak bebaskan diri dari hutang-hutang korang tu...



Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

The Walking Beauty... Nama gah mobile Spa Wanita yang semakin dikenali ramai disebabkan pemilik-pemilik spa yang bernaung di bawah TWB ni adalah wanita.


Walaubagaimanapun, sudah ada segelintir kaum Adam yang juga sudah mula berminat ingin mempunyai spa sendiri di bawah naungan TWB. Ini disebabkan ada permintaan untuk berfacial dari kaum lelaki juga. Mana tau suatu hari nanti kaum wanita dan hawa dapat bergabung tenaga bersama menaikkan taraf hidup masing-masing.Tak mustahil selepas ni team TWB ni akan semakin meriah.


Ada lagi tau. TWB ni jugak dikenali sebagai Spa Natural & Spa Shaklee.


Nak tau tak kenapa team ni dikenali sebegitu???


Sebabbb...........

Dalam TWB ni, segala produk yang digunakan semasa berspa adalah produk yang natural & semestinya 100% produk dari Shaklee ya.... Produk yang sudah semestinya sudah terbukti halal, berkesan & bebas dari bahan kimia. 

Lupa nak bagitau...


Disamping buat spa, kami juga menjual produk Shaklee untuk kesihatan seluruh badan sebagai income penjuru kedua kami ya.


Kat sini kite nak bagitau jugak yang TWB ni juga ada buat Spa Pengantin. Maksudnya kami juga ada menyediakan pakej berspa bagi bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan hari bahagia mereka dengan aura pengantin sebenar. Bila bakal-bakal pengantin ni dah berspa, mesti la seri aura pengantin tu makin naik kan...


Sekarang korang dah nampak kan...Macam-macam kan cara korang nak dapat income melalui Bisnes Spa TWB ni. Ada lagi beberapa cara lain untuk korang dapat income dalam Bisnes Spa TWB ni yang korang boleh guna sebagai cara untuk bebaskan diri korang dari segala hutang piutang.


Sebagai contoh, kite ni walaupun baru je sebulan lebih berkecimpung dalam Bisnes Spa TWB ni, kita dah dpt cover separuh dari modal. Dapat group support yang sangat ramai untuk bagi semangat & dorongan ke arah cara nak dapat income lebih. Yang sekarang kite tengah buat ni pun sama...Dapat ilmu untuk berblog tau. Semua semangat yang datang dari group support TWB ni.


Disebabkan pengalaman kita dalam TWB ni baru sebulan lebih, tak banyak yang kite boleh citekan lagi utk korang semua. Tapi percayalah...Kite tak sabar nak ceritakan pengalaman kite yang seterusnya nanti bersama TWB ni. Tunggu....

Sekarang ni kite macam excited sikit nak cerita pasal seseorang ni. Kite dah jadikan dia mentor kita dalam TWB ni. Dia adalah orang yang telah bagi training kat kite masa mula-mula masuk TWB ni. And sekarang kite tengah berusaha untuk jadi macam dia & kite dah berjanji dengan diri sendiri yang kite takkan patah semangat walaupun ada je ramai customer yang dah booking untuk berspa tetapi cancel last minit. 


"Don't worry... Bukan senang nak jadi senang...Tapi bukan susah nak jadi susah kalau kita tak berusaha untuk jadi senang..."


Berbalik kepada benda yang kite nak cite tadi...Kite nak cite sikit je dulu sebab kenapa kite nak jadi macam dia...


Kite respect betul kat dia...Nak tau kenapa???


Sebab....


Belum pun umur dia jejak 30 tahun,

  • Dia dah mampu beli rumah.
  • Dia dah boleh beli kereta audi idaman dia.
  • Dia dah settlekan hutang PTPTN.
  • Dia dah bawak suami & mak ayah dia pergi umrah.

Semuanya tu dari hasil Bisnes Spa TWB ni tau....




Haaa.... Inilah dia 👆.... Kecil manis cantik molek orangnya...Tiera nama panggilannya...


"Cantik menarik tertarik kau memang Da Bomb!!!"




So, ape tunggu lagi....Jom la join saya untuk jadi macam dia 👆.

Call/whatsapp saya : 012-4680151(ROSE)

Pemilik:











Wednesday 25 April 2018

VIVIX


KESAN AMBIL VIVIX.


  • Period jadi lebih teratur.
  • Jerawat merapu pun dah xde sangat katanya.
  • Parut mula pudar.
  • Berat turun 3kg!
Best kan Vivix ni! Vivix menarik tertarik kau memang Da Bomb!

OSTEMATRIX



BEZA KALSIUM HOSPITAL DENGAN KALSIUM SHAKLEE



ALFAFA COMPLEX


                                                    RAJA SEGALA MAKANAN

LATAR BELAKANG / SEJARAH :


  •   Merupakan raja segala tumbuhan. Juga dikenali sebagai raja makanan.
  •   Saraf tunjangnya boleh mencecah 20' dalam tanah & boleh menyerap lebih banyak     nutrien dari dalam tanah.
  •   Mengikut kajian, lebih 300 nutrien & mineral dalam pokok alfafa.
  •   -  Kalsium, fosforus,zat besimagnesium bolaflavonoid, vitamin & klorofil.
  •   Merupakan produk signature Shaklee sejak 1950 - dekat 70 tahun dah.
  •   Senang larut dalam air.

KHASIAT ALFAFA

  1.  Agen Detoks. 
          - Sesuai diambil oleh sesiapa yg nak kurus.
          - Membuang toksin supaya vitamin lain mudah diserap. Bila toksin banyak dalam 
            badan, ia akan menghalang vitamin daripada diserap oleh badan kita.
    
      2.  Keputihan.
   
           - Membantu mengurangkan keputihan, kegatalan & bau yang kurang 
             menyenangkan.

      3.  Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali untuk pasangan yang sudah berkahwin.

      4.  Milk Booster.
           
           - Mampu memperbanyakkan susu dalam badan bagi ibu-ibu yang sedang 
             menyusukan.

      5.   Kesihatan Tulang.

            - Makan 10 biji Alfafa umpama kita minum segelas susu yang tinggi kalsiumnya.
            - Salah satu nutrien yang ada dalam Alfafa adalah kalsium. So, kalau ada yang tak                 suka minum susu tu boleh la makan Alfafa.

      6.   Masalah Bau Badan, Kaki & Mulut.

            - Masalah bau adalah masalah yang berkait rapat dengan toksin dalam badan. Bila                 makan Alfafa, toksin dalam badan akan disingkirkan.
            - No more smelly body.

      7.   Resdung.

            - Ambil Alfa untuk kawal resdung.
            - Sama juga untuk mereka yang alah pada habuk.
   
           * Tanda-tanda ada resdung:
             
      
             - Nafas berbau.
             - Kerap selesema.
             - Hidung tersumbat.
             - Gatal-gatal di kawasan muka, hidung, pipi & mata.
             - Kerap bersin.
             - Tidur berdengkur.
             - Kerap sakit kepala.
             - Rambut gugur.

      8.   Lain-lain Khasiat.

            - Untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dalam darah, kawal kolestrol, atasi masalah               sembelit & kesuburan.



3 GOLONGAN YANG TAK BOLEH MAKAN ALFAFA.


1. Penghidap SLE.

    - Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

  • Penyakit kronikauto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah              dengan banyaknya.
  • Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.
  • Dalam Alfafa ada sedikit protein yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sebab tu pesakit SLE tidak boleh makan Alfafa. (Boleh cek di bahagian belakang botol Alfafa).

2. Pesakit Psoriasis.
  • Sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit.
  • Menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal, berkilat yang kering, sangat gatal % adakalanya menyakitkan.
  • Sejenis penyakit kronik yang kekal lama.
  • Penyebab penyakit ini masih belum diketahui.
  • Berkait dengan sistem imun & genetik individu.

3. Ibu Menyusu Bayi G6PD Deficiency.
  • G6PD ialah enzim glucose-6-ph-phospate-dehydrogenase.
  • G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuk dari sumber makanan & ubatan.
  • Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.
  • Alfaa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfafa (sepanjang tempoh penyusuan sahaja).
  • Ibu menyusu boleh ambil ESP & Vitamin Set Penyusuan yang lain untuk milk booster.
            

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

*  Vitamin C dari Shaklee ini terdiri daripada 3 bentuk secara kimianya:-

  • Ascorbic Acid (Ascorbates)
  • Ascorbate Free Radical
  • Dehyroascorbate

Ketiga-tiga bentuk bahan di atas  bertanggungjawab untuk penyebaran & aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intracellular sel & bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (Anti-oksidan)


*  Vitamin C dari Shaklee ini merupakan vitamin yang larut air & sangat mudah hilang dari 
   tubuh badan kita terutamanya kalau seseorang itu merokok, stress, marah, demam, tidak    cukup tidur, muntah, sedang mengandung dan sebagainya.

*  Ia diberikan nama Sustained Release Vita-C Plus kerana:

  • Ia diekstrak dari jagung.
  • Mengandungi bahan semulajadi yang memang sedia ada dalam Vitamin C iaitu Bioflavonoids sebanyak 120mg.



KEISTIMEWAAN VITAMIN C DARI SHAKLEE

  • Kekal dalam badan selama 5 jam.
  • Dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 setengah biji oren dalam 1 jam.


FUNGSI & KEBAIKAN VITAMIN C DARI SHAKLEE

  • Anti-oksida yang kuat.
  • Penghasilan kolagen untuk pembentukan kulit, tendon, ligamen, & salur darah.
  • Mencegah jangkitan dan selesema.
  • Pertumbuhan & penggantian (membaiki) tisu.
  • Kurangkan penyakit asthma.
  • Rawat luka, baiki tulang, rawan & gusi.
  • Menolong pengeluaran hormon anti-stress & interferon sejenis protein sistem imuniti yang penting & diperlukan. Juga untuk metabolisme Folik Asid, Tairosin & Phenylalanine.
  • Bantu cegah kanser.
  • Bantu meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Bantu kurangkanparas kolestrol jahat & meningkatkan paras kolestrol baik.
  • Bantu turunkan tekanan darah tinggi.
  • Bantu cegah 'Atherosclerosis'.
  • Bantu cegah dari pembekuan darah yang tidak normal & lebam.
  • Bantu kurangkan risiko 'Cataracts'.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C SHAKLEE??

  1.  Mereka yang ada masalah kulit muka seperti jerawat, parut (bekas) jerawat, black&  white head, jeragat, pori-pori besar, gelap, kasar & menggerutu.
  2.  Perokok
  3.  Mereka yang mudah stress & cepat marah.
  4. Mereka yang senang dapat demam, selesema, & batuk @ jangkitan.
  5. Mereka yang mempunyai kanser.
  6. Wanita hamil & dalam pantang.

Top 10 Produk Shaklee

Assalammualaikum semua...

Kali ni kite nak share pulak tentang Top 10 Produk Shaklee terbaik kami & yang terlaris di pasaran.





Kalau korang nak tau, produk Multivitamin Shaklee ni dah berusia lebih dari 100 tahun di dunia. Jadi, x perlulah korang rasa was-was kalau nak amik supplements dari Shaklee ni.


Kat dalam Shaklee Malaysia ni, kite ada lebih dari 20 jenis vitamin tau. Dan kesemua vitamin ini mempunyai fungsi dan khasiatnya yang tersendiri untuk membantu melengkapkan lagi kehidupan seharian kita.


Antara lebih dari 20 jenis vitamin dari Shaklee ni, ada 10 jenis vitamin yang terbaik. Top 10 yang terbaik ini adalah:-



1.   Vivix

2.   Energizing Soy Protein (ESP)

3.   Omega Guard

4.   Vita C SR (Sustained Release)

5.   Ostematrix

6.   Alfafa Complex

7.   Vita E Complex

8.   Vitalea Iron Formula

9.   GLA Complex

10. Lecithin



Antara 10 produk Shaklee yang terbaik ni pulak.... Ada beberapa jenis vitamin yang kita gunakan dalam The Walking Spa ni. Produk-produk tersebut adalah:-

1.   Energizing Soy Protein (ESP) - Sebagai masker dalam spa.

2.   Alfafa Complex - Sebagai scrub dalam yg digunakan pada muka atau badan,kaki & 
                                  tangan. 

3.   Vita C - Juga sebagai scrub di muka (pengganti sekiranya ketiadaan Alfafa Complex)

4.   Ostematrix - Untuk beautician yang makan untuk menghilangkan sengal2 & lenguh                                    badan setelah penat memberikan servis terbaik semasa spa. Hehe...


Mesti korang nak tau kan apa khasiat & fungsi vitamin-vitamin dari Shaklee.
Kat sini kite akan SHARE 5 jenis vitamin yang kita suka dulu ya... Cuba 'Click' kalau nak tau rahsia dan khasiatnya.....




3.   Alfafa Complex

4.   Ostematrix

5.   Vivix



SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)


KEBAIKAN & FUNGSI:

1.  Kunci Awet Muda
     
     - Bina sel baru yang menggantikan sel lama yang telah mati.

2. Memberi Tenaga Segera

    - Membekal tenaga yang perlahan tetapi bertahan lebih lama.
    - Bagus untuk buat menu bersahur bilanak puasa.

3. Tiada Kolestrol& Rendah Lemak
   
     - 100% bebas kolestrol.

4. Rendah Glisemik Indeks (GI)

    -  GI rendah - mampu mengawal paras gula dalam darah.
    -  Memecahkan gula secara perlahan & melepaskan glukos perlahan-lahan ke dalam       
       sistem badan kita. Sebab tu penghidap diabetes disarankan untuk mengambil ESP.

5.  Diperbuat Daripada Soya Bukan GMO.

     - Bukan GMO @ Non-GMO bermaksud organisma yang tidak diubah secara genetik,
       tanpa bahan kimia.

6.   Tidak Diproses Menggunakan Alkohol.

      - Hanya menggunakan air bersih demi mengekalkan isoflavonnya.

7.   Ada Kalsium Dalam Protein ESP.

      - Ada penambahan kalsium sebanyak 500gm dalam setiap canister.

8.   Lengkap Dengan 9 Asid Amino Perlu.

9.   Menggunakan Proses Pensijilan IPP.

      - IPP - Identity Preserved Program yang memastikan kacang soya bebas dari                 
                 perubahan genetik (GMO) dari peringkat benih sampai ke peringkat pengeluaran.

10.   Selamat & Berkualiti.

        - 1 hidangan ESP  =  2x ganda protein daging
                                          4x  ganda protein telur
                                          12x ganda susu rendah lemak

        - Bebas kolestrol.
        - Tiada asid urik.
        - Sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Wednesday 18 April 2018

Modal Minima Buka Spa


Assalammualaikum uollss...

Hakak datang lagi...Hahahha...Macam iklan Tora dtg lagi lak kan...


Hakak ni baru je lagi berjinak-jinak dengan spa ni... Tapi ramai dah tanya... "Mahal ke modal nak bukak spa ni?"


Macam ni la...kite cite simple je kali ni...


Kan kite dah cite sebelum ni, yg kite buat sekarang ni adalah Mobile Spa.Pada yang tak tau mobile spa tu apa..., maksud mobile spa ni adalah spa bergerak iaitu Spa Tanpa KedaiJadi korang x perlu keluar duit utk sewa kedai pun.Kan dah jimat kat situ...


Sekarang kite cite pasal modal utk bukak spa ni pulak... Cuba korang teka berapa???


Bukan RM10k...

Bukan RM5k...


Tetapi dengan TWB ni, korang cuma perlukan modal sebanyak RM1999 sahaja.
Itupun dah cover semua sekali. Korang akan terus dapat semua produk & peralatan utk buat spa sekaligus dah boleh terus jalankan bisnes korang utk buat spa ni secara mobile dah.


Dan jangan lupa ye....


Spa ni dibuat atas nama korang sendiri tau. Bukan nama orang lain. Sape taknak ada spa atas nama korang sendiri kan. Korang la BOSS korang la pekerja yg mengusahakan spa korang sendiri tu. So takde la korang stress...Takde sape nak marah or control korang.


So,apa tunggu lagi???...


Tak payah nak fikir lama sangat...


JOM whatsapp saya sekarang....


Agen Spa Diperlukan!!!


Rushaniza @ Rose
012-4680151
Pemilik Mooka Beauty Spa
Ahli Spa The Walking Beauty



Friday 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa

Hi semua....


Assalammualaikum...


Kita jumpa lagi kali ni walaupun macam baru je kite bercerita pasal kursus spa paling murah kan.


Kali ni hakak rasa macam nak bercerita lagi la. Kite bercerita pasal macam mana nak Buat Duit Dengan Mobile Spa.


Sebelum ni kita asik dok cerita macam org dewasa je yg boleh buat Spa kan...


Dah alang-alang sekarang ni tengah musim mak-mak dok membebel anak-anak depa dok melepak xdak buat apa lepas abis SPM kan.So apa kata kita sembang sikit kat sini nak bagi pendapat.


So....


"Apa nak buat lepas SPM?"




Buat apa lagi...Dah terang2 terpampang tajuk entri kite kali ni. Buat Duit Dengan Mobile Spa la. Hehe... Kaso sangat bahasa kite ye...Kite gurau-gurau sikit je...


Kalau sebelum ni kite dok bercerita seolah-olah macam mobile spa ni hanya suri rumah atau wanita berkerjaya je kan...Jadi kali ni ape kata korang ajak sekali anak-anak korang yg baru abis SPM join sekali. Ajar diorg macam mana nak buat duit dengan mobile spa.


Daripada anak-anak korang dok melepak x tentu hala, baik korang ajar diorang dari sekarang cara nak buat duit kan. Kalau xde modal xpe... Korang je pergi kursus TWB tu dulu & dapatkan product YOUTH untuk mobile spa tu. Then dalam sebulan dah balik modal, korang gunakan balik hasil keuntungan korang tu untuk anak korang join pulak. 


Di samping buat spa kat customer, bila anak korang pun dah pandai buat mobile spa ni, 
boleh la korang mintak diorang buat spa kat korang jugak kan. Takkan la nak bagi orang lain je cantik kan. Nama pun beautician... Mesti la kulit muka & penampilan kite pun kena cantik jugak kan. Baru la customer kite melekat asik nak panggil kite buat spa kat diorg selalu. Bukan setakat panggil, siap rekemen kat kengkawan diorg sekali.




Meh kite nak tambah lagi...


Since zaman sekarang ni makcik-makcik bawang suka menyebok n viralkan hal org lain kan...So, bila diorg sebok dok tanya anak-anak korang buat apa lepas SPM, at least sementara nak tunggu jawapan panggilan untuk sambung belajar, sedap sikit la nak jawab soalan makcik2 bawang tu. 


Bila dah dapat masuk Universiti or College ke, anak2 korang still boleh sambung buat mobile spa ni secara sambilan masa belajar. X payah nak buat pinjaman PTPTN bagai. Pakai je duit untung buat mobile spa tu untuk sambung belajar.


Lepas abis blajar pun sambung lagi sampai bila2. Kan tak rugi tu...Lagi jimat duit korang ada la. Silap2 anak korang sambung belajar x mintak duit korang pun. Siap bagi duit kat mak bapak lagi ada la.


Kite sambung balik cite pasal macam mana nak jawab soalan2 dari makcik bawang tadi...


Korang tunjuk sikit hasil duit yg korang dan anak-anak korang dapat dari buat mobile spa tu. Takde la diorg nak membawang macam2 kata anak korang dok umah melepak je xde buat pape kan. Untung2, makcik2 bawang ni boleh viralkan pasal mobile spa yg korang buat tu. Silap2 diorg pun nak join diorg buat mobile spa ni.


Apa lagi....


Turn korang la pulak nak membawang pasal bisness mudah ni kan...



Lagi satu, nak cite sikit pasal perangai makcik2 bawang ni...

Walaupun diorg ni digelar makcik bawang, tapi diorg ni tetap mementingkan kualiti. Ada je yg tak kena. Ada je soalan yg akan diorg tanya untuk memuaskan hati diorg. Itu la sebabnya diorg digelar makcik bawang.


Salah satu soalan yang dijangka akan keluar dari mulut diorg adalah...


"Boleh percaya ke SPA yg korang  buat ni?"

"Pakai product ape?"

"Tak rosak ke kulit kalau pakai product ni?"


Haa...


Kan senang korang nak jawab bila korang sendiri dah tau asal usul product ni....

Apa lagi...Jawab je la... "Makcik...Don't worry makcik...Ini Spa, Spa Shaklee juga makcik... Ini product bagus punya". Ehh...Cakap macam Mark Adam la pulak...haha

"Sekarang ni Shaklee merupakan company No.1  di kalangan Natural Nutrition Company di U.S. United State tau makcik...Bukan Ulu Selangor tau. Product ni pulak dah wujud hampir 60 tahun lamanya". 


"Lagi satu, makcik2 semua x perlu risau. Kulit kite semua xkan rosak. Sebab....Spa Shaklee ni menggunakan 100% product yg bebas dari bahan terlarang".


Jangan lupa, bagitau sekali yang korang pun guna product yg sama yg korang guna pada customer. Tunjuk sikit kulit muka korang yg mulus tu supaya lagi senang makcik2 bawang ni terpikat nak join buat mobile spa macam korang.


So... Nak tanya lagi ke?


"Apa nak buat lepas SPM?" 




Tak payah tanya kat sini lagi...


Terus je contact kita kalau berminat atau nak bertanya lebih lanjut pasal macam mana nak Buat Duit Dengan Mobile Spa ni... 


Contact no:  012-4680151 (Rose)